Please Click Here!

Tuesday, March 28, 2017

Western Australia Roadtrip - Persediaan

Seawal 7 bulan aku telah menempah tiket penerbangan dari KUL ke Perth semasa Air Asia Free Seat Promo. Kami akan berangkat ke bumi Kangaroo seramai 6 dewasa dan seorang anak kecil ku. Penerbangan kami bermula dari Penang Airport ke KLIA2. Berehat sebentar di Putrajaya di rumah abang iparku sambil menziarah baby Akim yg baru lahir.

Aku, suami dan ibuku ke Penang Airport dihantar oleh adikku. Semasa dalam perjalanan, aku teringat handphone ku tertinggal. MashaAllah. Seram sejuk dan menggeletar aku dibuatnya. Setiap kali travel, beginilah perangaiku. Risau teramat last2 benda penting tertinggal. Masih ada kesempatan waktu dan kami pun berpatah balik. Dah lah kena naik Penang Bridge. Aduh.

Setibanya di KLIA2, kami disambut oleh abangku dan dia menghantar kami ke Putrajaya. Kami singgah di R&R Dengkil untuk bertemu dengan Paklang dan Maklang sebentar.

Setibanya kami di Putrajaya, aku menyiapkan persiapan terakhir iaitu Food Declaration dan juga Medicine yang kami bawa. Ibu dan ibu mertuaku mengemas barang-barang makanan di dalam satu bag luggage. Kemudian kami membahagi-bahagikan wang utk perbelanjaan kami di sana.

Setelah selesai, kami pun bersiap untuk ke KLIA2 pula. Kali ini adik ku pula menghantar kami ke airport. Semasa kereta mula bergerak keluar dari perkarangan rumah, tiba-tiba handphone ku berdering. Suami ku tanya ada di mana?? Aku terkejut. Ku ingatkan suamiku sudah menaiki kereta satu lagi bersama ibu mertuaku. Rupanya suami ku tertinggal! Allahuakbar!

Kami pun berhenti kan kereta dan ternampak suamiku sedang mengheret bag. Aduh sedeh! huhu..ingatkan dia masuk kereta lagi satu dgn mama dan kakak.

Dalam flight, Wafiya meragam mungkin tak dapat tidur dengan selesa. Baru nak pejam, tiba2 ada announcement. Baru nak pejam, cabin crew tolak makanan. Sian suamiku dukung dan pujuk lama, tak dapat lena lah suamiku. Kami bergilir-gilir juga tapi dia lebih mahukan daddy nya. Dah lah suamiku perlu memandu sampai ke Augusta keesokannya.

No comments: