Please Click Here!

Saturday, October 11, 2014

Bercuti ke Bali

Hai hai hai.
Belum siap lagi post sebelumnya tapi dah melompat ke post baru iaitu trip ke Bali.

Saya booked 2 bulan awal tiket ke Bali melalui AirasiaGo Flight (return tick) + Hotel ( 4 hari 3 malam di Coco de Heaven, Jl. Bypass Ngurah Rai.). Lebih kurang RM880 utk dua orang. Exclude hand luggage. Pergi honeymoon je kan. Rasanya tak perlu booking lugage.

45minit jugak la tunggu diorang repair lampu. Lambat sikit sampai ke Bali



Ini dia hotelnya. Coco de Heaven


Saya menggunakan khidmat supir Pak Isme melalui whatsapp. Perkhidmatannya amat bagus sekali! Recommended!.

Saya dan suami tiba di Bali pada pukul 10.00mlm dan kami menaiki teksi airport untuk ke hotel. Boleh je kalau nak supir tolong ambilkan. Tp bg aku better supir ambilkan. Kalau tak, korang kena harung la orang2 yang menawarkan khidmat teksi masing2 dengan harga yang mahal.

Sampai je di hotel, kami berdua berjalan2 di Kuta. Suasana malam yang hidup di sini. Kami ke sini menaiki teksi lagi sekali. Rasa rugi jugak. Lebih baik ambil pak supir dari sampai ke airport dan minta hantar kan ke Kuta.

Di sini ada Hard Rock Cafe Bali, McDonald, KFC di sepanjang tepi pantai Kuta. Setelah puas berjalan dan letih, kami pulang ke hotel naik teksi lagi. Huhu...

No comments: