Please Click Here!

Saturday, October 11, 2014

Bercuti ke Bali - First Day

Pagi ni kami breakfast di hotel dan Pak Supir telah sedia menanti. Kami berkenal kenalan dulu dengan Pak Ujang (kawan Pak Isme) dan kami beritahu tempat yang nak dituju. Ke atas Bali dulu atau ke bawah dulu hehe sebab lokasi hotel agak berada di tengah tengah. So, kami mulakan dengan Tanah Lot, Ubud. Agak sejam juga perjalanan.

Tanah Lot

Cantik kan. Masa ni air tengah pasang. So, kami tengok dari sini je lah. Kalau air tengah surut, boleh harung air laut ke sana.




Bayaran masuk dikenakan di sini. Terdapat gerai jualan barang pakaian,selipar serta beg sepanjang berjalan untuk ke pintu masuk Tanah Lot.

Lepaih tu, kami ke Pendawa Beach pulak. Panas woi.





Cantikkan? Disebabkan panas yang melahang, kami minum air kelapa di tepi pantai Pendawa ni.


Walaupun panas, dengan tiupan angin laut dan air kelapa ni lah membuat kami segar semula dan gigih ke pantai lain plak. Padang Padang Beach.


Masih ada masa lagi, kami terus ke Uluwatu. Bila terasa penat, kami berdua tidur dalam kereta. Haha.



Sebenarnya tempat ni sesuai pergi time nak tengok sunset tapi kami dah plan nak makan di Jimbaran untuk tengok sunset. Melawat Uluwatu ni kena hati2 dari monyet. Janganlah berani pakai sunglass macam aku ni, monyet akan terus sambar je tak agak2. Bayaran dikenakan masuk ke sini. Lepas bayar tiket masuk, diorang akan bagi kain kuning tu, ikat di pinggang. Tanda menghormati temple Uluwatu ni.

Next, kami ke Jimbaran makan seafood.








Seharusnya letih setelah banyak tempat yang kami lawati. Tambah pulak perut yang kenyang ni. Kami pulang ke hotel selepas makan di Jimbaran.

No comments: