Please Click Here!

Wednesday, August 20, 2014

Training - Germany - Schwanen Hotel, Freudenstadt

Akhirnya, sampai juga aku di Freudenstadt. Even lambat lagi check in, bos aku mintak jugak nak check in. Time ni pukul 11pagi. Takkan kami nak tercongok sampai pukul 2ptg. Tak larat woi.

Rupanya kami dapat bilik sorang satu. Yes!! Mula-mula nama aku naik dulu, macam tiket flight jugak, nama aku yang naik dulu, sebabnya badge aku number satu dalam company aku. Ingat senang nak dapat? SN0001. Hah, amek. Bila dah nama aku naik dulu Room number 17, aku pun laju je amik kunci and naik atas dengan beg-beg aku ni.

yeay!
sempoi!

bilik ayaq ceq

from my window

stokin merah aku tu mana pi tak tau ilang

almari ni yg pernah aku rebankan pintu dia





Selesai amik gambar, aku mula terasa lapar. Tetiba, aku teringat! Mana kawan-kawan aku semua? Bos aku dok mana? Tingkat berapa? Hotel ni besar mana? Mana nak cari depa ni tak tau. Aku pun mencapai telefon. Erk... Operator tu cakap German, aku tak paham! Kena tekan berapa ni. Argh! kusut! Aku pun tukar baju, turun. Oh baru teringat, receptionist kat bawah apa gunanya ye dak! Aku pun tanya dia, "where is my friend's room?". Dia pun check. Alamak! ada anjing dia pulak. Besaunya. Tetiba, Asyrafi turun jugak. Aku tanya Asyrafi, "ko duduk bilik mana? Mana pegi yg lain? Apa aktiviti kita ni? Mandi dulu ke? Makan dulu ke? Bos mane?". Banyaknyer soalan aku bagi kat dia. Asyrafi cakap, "tah aku pun tak tahu". Dah tu nak buat apa ni?

Aku pun biarkan persoalan bermain di fikiran sambil mengambil gambar sekitar hotel dengan harapan akan berjumpa dengan mereka. Receptionist pun ada bagitau nombor-nombor bilik yang lain. Aku pun pergi ketuk satu-satu bilik. "jom turun. jom turun.". Tapi tak tahu atas tujuan apa. Then terserempak dengan bos, katanya jom makan dulu. Ok, jom makan. Lapar.


No comments: