Please Click Here!

Tuesday, May 17, 2011

Hari Terakhir di Bumi Johor

Sebelum aku meninggalkan bumi Johor ni,
aku kene gi jupe supervisor dulu,
and ke library FKEE hantar 2 naskhah tesis.
gi BP pos motor balik Perak.
gi pejabat pos, hidupkan lesen.
turun naik tangga angkat barang, masuk kete.
oh.letih.brg tak kemas habis lagi ni.
mane tak nyer.fb 30 minit.kemas 5 minit.
ate, biler nak siap kemas ni.

macam tak caye aku dah habis belajar kt sini.
Alhamdulillah.byk lg tanggungjawab lepas ni.
perjuangan perlu diteruskan.
lega.dah dpt tmpat praktikal.
semoga aku dpt menambahkan knowledge and skil.


tutup kisah di bumi Johor.
bukak kisah di bumi Pulau Pinang.

Friday, May 13, 2011

Photoshoot with Saed Louis 2



ini kali kedua aku gi photoshoot dgn saed louis.
yg aku citer pasal belon aku tersangkut ats pokok time ni la.
tp kitorang ade menyinggah ladang kelapa sawit gak.
bergambar kt situ.time ni mood baik aje.
biler belon tersangkut.mood dh tak ok.
aku suke konsep and idea saed.
aku pakai baju putih n gaun.dah mcm snow white dah.
cume kulit aku je tak cerah.haha.
macam iklan nano white diana danielle tu.
ade burung and arnab.idea menarik.
mmg saed ckp nak cari arnab.
tp satu keje plak nk ligan arnab kalau arnab tu lari.
dapat juge aku merasa nk gi photoshoot ni.
aku ni sangatlah segan teramat.

jom tengok gambar2 saed shoot.





ni version black and white pulak.






thanks saed =)

Wednesday, May 11, 2011

Kisah Belon 2

Hari Isnin hari tu aku gi photoshoot seperti yg dirancang.
Belon pun aku dah tau dah gas nyer nak beli kat mane.
Nasib baik floris tu bukak pagi - pagi.

Plan asal terus nak gi photoshoot kt padang golf.
tapi saed nak test amik gambar kt kelapa sawit dulu.
nak tgk cantik ke tak.
tp biler dh turun, sekali shoot.nak lagi.
sejam lebih jugak la kt kelapa sawit.
mood baik jer time tu.menjadi jer.

lps tu kitorang straight to florist.
aku bawak 4 belon.mintak dier masukkan gas helium.
wah gembiranye aku.4 belon dah ade gas.terapung2 dier tak duduk diam.
aku sumbat dier dok dalam kete diam2.
saed beli sekuntum bunga ros putih.
utk photoshoot.

kami pun menuju ke tempat plan asal kami.mood sgt baik.
dah nk tgh hr.tp sejuk.angin kuat kdg2.tp ianya menyusahkan aku utk pegang.sbb aku nak betulkan baju and tudung aku yg ala2 hana t gitu.
aku pun pass kt fikry belon tu.
memandangkan belon tu leh terapung, tak jatuh punyer.fikry gi sangkut benang kat besi tali beg kamera.sekali angin tiup kuat, belon tu senget2 gedik2 tak duduk diam, terkena kemuncup yg tajam itu, lalu satu belon kami pecah meletup bersepai.sadis.terkesima kami.bukan sahaja pecah.malah terbang ke atas terlerai ikatan dan terapung meninggalkan kami lalu tersangkut di pokok.pokok? tinggi lah pulak.suspend!



nak kait, mustahil sampai, tali dh kusut.camne nak amik? mood dah takde.belon tu total smua 15ringgit 4 belon + gas helium.ooouuuuhhhh......aku mengeluh kecewa.
memang la ada props lain aku bawak, beg bakul, bunga ros, novel, lolipop.tapi aku berusaha sungguh2 utk mendapatkan belon.kecewa. saed pesan.tolong kembalikan mood balik.nak photoshoot ni.dier bg aku bunga ros.dan aku cuba menghayati watak snow white ataupun alice in wonderland.lama2 aku pun leh la adapt.padahal time tu belon tgh tergapai2 melambai aku kat atas pokok tu.sadin je lah.abaikan dulu.sambil saed shoot aku, fikry bizi cari kayu, kerusi, utk amik belon.tak sampai jugak.tinggi wooo...



ok.selepas penat shoot, dan semua props dah gune.kami dapati perut kami berkeroncong lagu ana raffali.kami pun plan nak sambung petang nanti.nak balik makan, mandi solat dulu.and time tu panas sgt.masing2 takde mood.so, sebelum balik tu, kitorang sekali lagi berusaha amik belon tu.last2 fikry panjat juge pokok tu.menggunakan lekuk2 di dahan pokok tu.belon tu di hujung ranting.macam mane? erm...setelah fikry panjat pokok tu, dahan dipatahkan.lagipun, belon tu takkan ke mana2 sebab tali dh kusut.haha.padan muke belon tu.fikry patahkan ranting tu dan aku and saed bergembire kat bawah pokok, sbb dapat balik belon tu.tapi tali dh kusut.dah kempis sikit.dah tak comel mase mula2.lagi aku kecewa.konon nak sambung la shoot time ade belon.tapi stil jugak dah takde mood.





aku bawak je balik belon tu..kol 5 yg kitorang plan nak ke kelapa sawit tu (kelapa sawit lagi), belon tu dah tak terapung dah.kecewa aku.tapi aku bawak la jugak.mane tau leh shoot satu dua yg cantik.sesampai je kt kelapa sawit, saed shoot aku ngn belon, pecah pulak lagi satu.kene rumput and lalang tu kot.tinggal dua je belon aku.last2 aku fed up.tak payah amik gambor ngn belon.simpan je belon tu.dan aku terus menggedik depan kamera sampai ke nak dekat malam.

Kisah Belon 1

hari tu kan aku ckp aku cari belon kan kan kan?
aku nak gune utk sesi photoshoot ngn saed.
punye la sungguh2 aku cari belon.
siap google lagi, dier gune gas ape, camne nak jage, harga die, ikat ngn tali ape.
sampai ke jb aku cari.taklah tipu jer.
aku ke jb cari baju utk photoshoot.
memandangkan dah puas ronda BP and Kluang, tak jupe berkenan di hati.
tp aku jupe la gaun yg aku berkenan kt Kluang Mall tu.

mase kat Jusco Tebrau, sambil aku jalan2 dgn saed and fikry, kitorang terjupe belon terlepas@ terapung kat syiling depan kedai ape tah lupe nama dia. saed ckp, nak ambil.tp tinggi tak sampai.
memandangkan belon tu depan butik baju, mestilah dier ade kayu panjang yg leh cangkuk reben belon tu.haha.saed pun masuk kedai tu.saed cakap "Ms, tolong i ambil belon tu.belon i terlepas" haha.kitorang pun tragis la depan butik tu, terkais kais belon tu.akhirnya dapat jugak.saed bg kt aku.wah...adakah aku perlu berjalan jalan sambil membawa belon ini ke hulu ke hilir? hahaha...aku bawak jugak.(gambar kat saed)

kitorang terjupe satu kedai floris tu.ade jual belon and gas nyer sekali.saed tanye harga belon tu.kalau 1 biji belon rm5.kalau bawak belon sendiri RM3.gas dier yg mahal.bukan belon.belon mane2 pun tak pe.kitorang pun beredar lah dulu dgn tujuan nak cari belon sendiri.aku pilih belon bentuk love.and pegi kedai florist tu balik.

"Uncle, kalau pam belon ni leh tahan brape lame? saya nak gune isnin ni(selang 1 hari lagi)"

"Aiya....mane boleh tahan woo...5-8 jam saja boleh tahan"

kitorang pun terus balik.tak jadi.aku nak photoshoot pagi lak tu.kedai mane yg bukak pagi2.
terus balik dan plan nak cari florist area BP.mesti ade gas helium.

Friday, May 6, 2011

Tolong Aku Cari Belon Terapung Apung ni

lagi berape hari jer sesi aku nak photoshoot dgn saed louis.
dah dua hari keluar cari baju, tak jupe jugak yg berkenan.
props yg kitorang plan adalah belon.
aku nak belon yg terapung2 ni.
aku ingatkan tiup sendiri.
rupenyer tidak.
aku google td, kene gune gas helium la pulak.
sbb gas helium lagi ringan dari udara.
kalau tiup sendiri or pam beskal, tu udara dr sekeliling.
udara tu berat.tu sebab belon tak terapung.
eceh.mcm blajo sains plak.


aku google je gambor2 ni


nak jugak

persoalannyer? mane aku nk dapatkan gas helium ni?
takpelah.esok cari baju sambil cari belon.
harap harap ade lah.
photoshoot tinggal bape hari je lagi.
aku nak hiaskan belon aku dgn reben2 lagi.
wah excited.hehe.

Thursday, May 5, 2011

Berakhir Sudah Pengajianku di UTHM

dengan berakhirnya paper Electrical Utilization Energy petang semalam, maka berakhirlah pengajian ku di Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.
Selama 2 tahun setengah aku kat sini untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik.

lepas ni ape plan aku?
mestilah nk keje.
nk tolong family aku.
adik adik aku ramai lagi nak sekolah ni.
Kawin? lom terfikir lagi. Pasangan? pun belom terfikir lagi.


muke sedih tak dpt jawab paper uti dgn baik


muke hepi sebab dh hbs blaja


meja exam last yg aku duduk

Sunday, May 1, 2011

Nak Jugak Pakai Macam Hana Tajima

sape nak pakai camni?
meh nak ajor meh.
hehe.
dah lama nak pakai camni.
tapi asyik tak menjadi jer.
material kain pun tak sesuai.
petang tadi terjupe lak pashmina plain.
rembat terus.
mase ade jual depan mata, tanak beli.
biler dah takde baru terkial kial cari.haha.
menjadi ker? haha..mungkin tak berape sangat la.
takpe, leh try byk kali lagi.
usaha tangga kejayaan.


takut aku nengok





menjadi tak?

color gambar lain2..tak pandai edit