Please Click Here!

Wednesday, March 23, 2011

Cik Eira Shoppe Giveaway




pemenang dipilih secara random oleh cik eira.
jika bertuah, boleh pilih lense yg korang suke kat blog ni.
huhu..
jom ramai-ramai join giveaway ni.

tudung 2 tone vogue

kalau aku malas pakai shawl,
biasenyer mmg aku pakai tudung yg 4 segi tu.
tp bukan tudung bawal tau.
aku dah takde tudung bawal kecuali color itam...hehe
tudung 4 segi ni aku beli kat be-elegant
biasenye kalau aku nak keluar naik skuter kesayangan aku tu,
mmg malas ler nak pakai shawl sbb nak pakai helmet lagi kan.
so, ni tudung2 yg aku beli kat blog aida tu





Sunday, March 20, 2011

gina si gitar biru


gina

ni gitar aku.
name dier "GINA"
actually,muzik bukan lah sangat asing bg aku.
mmg aku ade family background music.
ayah aku mmg minat muzik.
dan ayah aku bukak studio di Bagan Serai, Perak selepas ayah aku tamat pengajian di UPSI jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik.
selain mengajar, kat sini lah ayah aku selalu lepak.
Rock beb!


studio ayah.adik aku yg kecik tu mmg suke main drum

disebabkan aku mmg duduk jauh dari family,
so aku mmg tak berkesempatan nk belajar ape2 instrument ngn ayah aku.
klo aku free pun ayah aku lak bz.
lagipun keinginan tu belom membuak2 lagi mase tu =p

mase aku balik cuti sem kejap hari tu, aku ade la belajar sikit2 nk main gitar ni.
ayah ajar chord and cara nak bg laju jari ni tukar2 chord.
sebenarnyer aku minat violin.
rase mcam nampak ayu jer main violin hehe.
tapi sebab aku kat johor nnt sape lak nk ajar aku.
violin ni mahal jugak la. dalam around RM500++.




satu hari tu aku dapat tau dari kawan aku (Rahmat) kat UTHM ni ade kelas gitar.
free je.ade cikgu luar dtg sini ajar.
aku time tu excited gak la.
teringin la jugak nk join.
tapi aku takde gitar.
mesti ramai yg join kelas tu.
tak best lak rebut2 gitar.

so, aku n rahmat pun pakat la beli gitar.
n semangat giler join kelas gitar.


aku join kelas gitar

skrg ni kalau aku free2 aku main gitar.
bukak youtube n search chord dier mcm mane.
sampai jari aku ni menggelupas kulit. =(
walau camane pun aku tak putus asa.
main je.
harap2 satu hari nnt aku terror main gitar mcm ayah aku.=)
violin pun nak jugak!

hijab sang ratu

aku suke giler tudung ni.
aku beli kat butik edast.
mula2 rase berat nk beli sbb mahal.
tapi asyik pikir nak pakai tudung ape untuk wedding oyen.
aku beli jugak dgn gembire.
(gembire ke?)
yer. aku gembire.
memang memuaskan
berbaloi aku beli tudung ni.

ni link butik edast tu yer kawan2.
tudung ni nama dier "Hijab Sang Ratu"
RM59.
tapi skrg dah hbs dh kot.
sbb dah takde post gambar tudung ni lagi.


hijab sang ratu

revolusi

sepanjang aku tinggalkan blog ni of course la mcm2 berlaku dlm hidup aku kan?
byk perubahan aku wat untuk diri aku.
jgn suspend lak yer.
bukan lah pembedahan plastik or cucuk botox.
aku just tukar cara pemakaian dan terutama sekali tudung.
aku lebih mementingkan penampilan.
cewah.

kalau dulu aku macam ni,


aku dulu

tapi sekarang tidak lagi.
aku sekarang berubah jadi mcm ni,


aku sekarang

aku bukan lah seorang yg selalu follow up fashion.
tapi kesedaran untuk jage penampilan tibe2 hadir.
nak comel, kene la usaha sikit kan.hehe.

aku start wat review pasal contact lens, shawl, make up mase aku short sem(2010).
baru je lagi.make up pun tak reti lagi.pakai eyeliner je.
pernah rase rendah diri, malu, tak confident.
sekarang aku berani cube.
malu tu ade jugak.
tp nak tampil lain kan.

skrg ni ramai kawan2 tanye beli tudung kat mane.
aku mmg berbesar hati la recommend kat kawan2.
ade jugak aku ajar pakai tudung, lens kat roomate and kawan2 aku.
jgn malu2 bertanya yer kawan2.
anda juga berhak untuk kelihatan cantik dan menawan.
sayangilah diri anda.

review entry lame

ketawa aku sorang sorang sebab tengok entry lame aku.
tah ape lah yg aku merepek.
nampak benor tak matangnyer.
men tulis je ikut perasaan tanpa mempedulikan sekeliling.
kalau dinding boleh berbicara, mesti dier ejek aku.
haha.

aku dah delete entry yg tah ape2 tu.
tinggal byk ni je.
(sikitnyer)
dah lame aku tinggalkan blog ni.
SEBAB?
sebab aku macam nk hidup diam2.
tanak org tahu atau kenal.
(boleh ke camtu?)
takde mood pun ade jugak.
nak upload gambor lagi la alahai malasnyer.
kalau dah lame melayari internet,
faham2 sajelah..kerje semua tak siap.
(tak pandai manage mase)
skrg ni lagi la.
asyik bukak facebook,youtube
ate biler keje nak siapnyer?
melagho je byk.
last2 bebal keje wat last minit.
hasilnyer kurang memuaskan.

ape yg aku nak tumpukan wat mase skrg ni?
aku nak siapkan PSM,practical, training gitar utk perform dinner malam nnt.
pikir jugak nak pakai ape ni dinner nnt?
sebenarnyer keinginan untuk beli DSLR membuak2 skrg ni.
tapi apakan daya.tak boleh layan perasaan sgt.
kalau dah ade DSLR skrg ni confirm aku tak siapkan PSM.
lepas abis je PSM memang aku nk beli cepat2.tak kire.

pasal practical lak, aku lom serius apply sbb masih menunggu yg apply kt SMAP tu je.
nnt lah aku apply serius2.
(ade plak camtu?)
mudah mudahan dimurahkan rezki dan ade jodoh utk bertapak kat Penang lagi.
aku suke Penang.yeay!