Please Click Here!

Tuesday, March 28, 2017

Western Australia Roadtrip - Persediaan

Seawal 7 bulan aku telah menempah tiket penerbangan dari KUL ke Perth semasa Air Asia Free Seat Promo. Kami akan berangkat ke bumi Kangaroo seramai 6 dewasa dan seorang anak kecil ku. Penerbangan kami bermula dari Penang Airport ke KLIA2. Berehat sebentar di Putrajaya di rumah abang iparku sambil menziarah baby Akim yg baru lahir.

Aku, suami dan ibuku ke Penang Airport dihantar oleh adikku. Semasa dalam perjalanan, aku teringat handphone ku tertinggal. MashaAllah. Seram sejuk dan menggeletar aku dibuatnya. Setiap kali travel, beginilah perangaiku. Risau teramat last2 benda penting tertinggal. Masih ada kesempatan waktu dan kami pun berpatah balik. Dah lah kena naik Penang Bridge. Aduh.

Setibanya di KLIA2, kami disambut oleh abangku dan dia menghantar kami ke Putrajaya. Kami singgah di R&R Dengkil untuk bertemu dengan Paklang dan Maklang sebentar.

Setibanya kami di Putrajaya, aku menyiapkan persiapan terakhir iaitu Food Declaration dan juga Medicine yang kami bawa. Ibu dan ibu mertuaku mengemas barang-barang makanan di dalam satu bag luggage. Kemudian kami membahagi-bahagikan wang utk perbelanjaan kami di sana.

Setelah selesai, kami pun bersiap untuk ke KLIA2 pula. Kali ini adik ku pula menghantar kami ke airport. Semasa kereta mula bergerak keluar dari perkarangan rumah, tiba-tiba handphone ku berdering. Suami ku tanya ada di mana?? Aku terkejut. Ku ingatkan suamiku sudah menaiki kereta satu lagi bersama ibu mertuaku. Rupanya suami ku tertinggal! Allahuakbar!

Kami pun berhenti kan kereta dan ternampak suamiku sedang mengheret bag. Aduh sedeh! huhu..ingatkan dia masuk kereta lagi satu dgn mama dan kakak.

Dalam flight, Wafiya meragam mungkin tak dapat tidur dengan selesa. Baru nak pejam, tiba2 ada announcement. Baru nak pejam, cabin crew tolak makanan. Sian suamiku dukung dan pujuk lama, tak dapat lena lah suamiku. Kami bergilir-gilir juga tapi dia lebih mahukan daddy nya. Dah lah suamiku perlu memandu sampai ke Augusta keesokannya.

Saturday, October 11, 2014

Bercuti ke Bali - First Day

Pagi ni kami breakfast di hotel dan Pak Supir telah sedia menanti. Kami berkenal kenalan dulu dengan Pak Ujang (kawan Pak Isme) dan kami beritahu tempat yang nak dituju. Ke atas Bali dulu atau ke bawah dulu hehe sebab lokasi hotel agak berada di tengah tengah. So, kami mulakan dengan Tanah Lot, Ubud. Agak sejam juga perjalanan.

Tanah Lot

Cantik kan. Masa ni air tengah pasang. So, kami tengok dari sini je lah. Kalau air tengah surut, boleh harung air laut ke sana.




Bayaran masuk dikenakan di sini. Terdapat gerai jualan barang pakaian,selipar serta beg sepanjang berjalan untuk ke pintu masuk Tanah Lot.

Lepaih tu, kami ke Pendawa Beach pulak. Panas woi.





Cantikkan? Disebabkan panas yang melahang, kami minum air kelapa di tepi pantai Pendawa ni.


Walaupun panas, dengan tiupan angin laut dan air kelapa ni lah membuat kami segar semula dan gigih ke pantai lain plak. Padang Padang Beach.


Masih ada masa lagi, kami terus ke Uluwatu. Bila terasa penat, kami berdua tidur dalam kereta. Haha.



Sebenarnya tempat ni sesuai pergi time nak tengok sunset tapi kami dah plan nak makan di Jimbaran untuk tengok sunset. Melawat Uluwatu ni kena hati2 dari monyet. Janganlah berani pakai sunglass macam aku ni, monyet akan terus sambar je tak agak2. Bayaran dikenakan masuk ke sini. Lepas bayar tiket masuk, diorang akan bagi kain kuning tu, ikat di pinggang. Tanda menghormati temple Uluwatu ni.

Next, kami ke Jimbaran makan seafood.








Seharusnya letih setelah banyak tempat yang kami lawati. Tambah pulak perut yang kenyang ni. Kami pulang ke hotel selepas makan di Jimbaran.

Schwanen Hotel - Freudenstadt

Ok now, kite pegi makan pulak.
Bila tengok menu, alamak! nak makan ape ni?





Inilah first makanan yang aku hadapi dengan tabah. How to survive? huhu..

Selepas tu, kami berjalan-jalan di sekitar hotel. Kami berjalan ke MartPlatz. Ingatkan shopping mall. Rupanya kena jalan sepanjang deretan kedai.







Bercuti ke Bali

Hai hai hai.
Belum siap lagi post sebelumnya tapi dah melompat ke post baru iaitu trip ke Bali.

Saya booked 2 bulan awal tiket ke Bali melalui AirasiaGo Flight (return tick) + Hotel ( 4 hari 3 malam di Coco de Heaven, Jl. Bypass Ngurah Rai.). Lebih kurang RM880 utk dua orang. Exclude hand luggage. Pergi honeymoon je kan. Rasanya tak perlu booking lugage.

45minit jugak la tunggu diorang repair lampu. Lambat sikit sampai ke Bali



Ini dia hotelnya. Coco de Heaven


Saya menggunakan khidmat supir Pak Isme melalui whatsapp. Perkhidmatannya amat bagus sekali! Recommended!.

Saya dan suami tiba di Bali pada pukul 10.00mlm dan kami menaiki teksi airport untuk ke hotel. Boleh je kalau nak supir tolong ambilkan. Tp bg aku better supir ambilkan. Kalau tak, korang kena harung la orang2 yang menawarkan khidmat teksi masing2 dengan harga yang mahal.

Sampai je di hotel, kami berdua berjalan2 di Kuta. Suasana malam yang hidup di sini. Kami ke sini menaiki teksi lagi sekali. Rasa rugi jugak. Lebih baik ambil pak supir dari sampai ke airport dan minta hantar kan ke Kuta.

Di sini ada Hard Rock Cafe Bali, McDonald, KFC di sepanjang tepi pantai Kuta. Setelah puas berjalan dan letih, kami pulang ke hotel naik teksi lagi. Huhu...

Wednesday, August 20, 2014

Training - Germany - Schwanen Hotel, Freudenstadt

Akhirnya, sampai juga aku di Freudenstadt. Even lambat lagi check in, bos aku mintak jugak nak check in. Time ni pukul 11pagi. Takkan kami nak tercongok sampai pukul 2ptg. Tak larat woi.

Rupanya kami dapat bilik sorang satu. Yes!! Mula-mula nama aku naik dulu, macam tiket flight jugak, nama aku yang naik dulu, sebabnya badge aku number satu dalam company aku. Ingat senang nak dapat? SN0001. Hah, amek. Bila dah nama aku naik dulu Room number 17, aku pun laju je amik kunci and naik atas dengan beg-beg aku ni.

yeay!
sempoi!

bilik ayaq ceq

from my window

stokin merah aku tu mana pi tak tau ilang

almari ni yg pernah aku rebankan pintu dia





Selesai amik gambar, aku mula terasa lapar. Tetiba, aku teringat! Mana kawan-kawan aku semua? Bos aku dok mana? Tingkat berapa? Hotel ni besar mana? Mana nak cari depa ni tak tau. Aku pun mencapai telefon. Erk... Operator tu cakap German, aku tak paham! Kena tekan berapa ni. Argh! kusut! Aku pun tukar baju, turun. Oh baru teringat, receptionist kat bawah apa gunanya ye dak! Aku pun tanya dia, "where is my friend's room?". Dia pun check. Alamak! ada anjing dia pulak. Besaunya. Tetiba, Asyrafi turun jugak. Aku tanya Asyrafi, "ko duduk bilik mana? Mana pegi yg lain? Apa aktiviti kita ni? Mandi dulu ke? Makan dulu ke? Bos mane?". Banyaknyer soalan aku bagi kat dia. Asyrafi cakap, "tah aku pun tak tahu". Dah tu nak buat apa ni?

Aku pun biarkan persoalan bermain di fikiran sambil mengambil gambar sekitar hotel dengan harapan akan berjumpa dengan mereka. Receptionist pun ada bagitau nombor-nombor bilik yang lain. Aku pun pergi ketuk satu-satu bilik. "jom turun. jom turun.". Tapi tak tahu atas tujuan apa. Then terserempak dengan bos, katanya jom makan dulu. Ok, jom makan. Lapar.


Tuesday, August 19, 2014

Training - Germany - Departure

Blog ni dah terlalu lama aku tinggalkan. Nak buang, sayang. Bagai diari. Mencoret rentetan perjalanan hidupku. Terlakar tarikh yang boleh dirujuk semula jika aku terlupa.

Sekarang ni aku tengah mood nak "baling balik" dalam istilah omMelayu kata "throwback".

Aku akan start dengan salah satu cerita menarik dalam hidup aku adalah pada Oktober 2011. Harus diingatkan di sini, bukanlah tragedi Oktober yer kawan-kawan. My first job after graduate as a Process Engineer. The company send me and other process engineer to Germany to attend the training.

sesampai di Penang International Airport. Masa ni cuak sikit sebab takut luggage terlebih.


Kami berangkat dari Penang International Airport ke Changi Airport, Singapore dan seterusnya ke Franfurt am Main, Germany menaiki SilkAirline.

Sampai je di Changi Airport, aku ikut je langkah kaki bos. Tah ke mana dia bawak kami cari gate. Besar tau tak. Dari satu gate ke satu gate kena naik train comel. Kat sini ada banyak free computer yang sesiapa sahaja boleh guna untuk update status facebook check in sana sini.

dari kiri, Faizhi, Amin, Wong, Asyrafi and Syuhada.

guna saja. Free ok. Ha tengok, butak cin tu bukak facebook.

dah macam ape tah aku tengok diri aku yang banyak beg. Coat lagi kot tepi.

Pejam celik pejam celik, tak sampai sampai lagi di bumi Germany. Agak 13jam jugak atas flight. Aku pun 2 kali dah pergi toilet, basuh muka, gosok gigi.

Sampai je di Frankfurt Airport, kami disambut baik oleh Schmid.

Jangan lupa amik luggage pulak. Banyak maggi dalam tu.
sekali lagi, Asyrafi, Faizhi, Wong dan Amin.



dah aku tangkap curi kan, haruslah bergegar.



Selepas itu kami dibawa menaiki van shuttle yang pemandunya di kiri. Ah! Ganjal aku tengok. Kami akan ke daerah kampung sikit iaitu Freudenstadt (sebut macam ni "Fghundstat"). Kami akan stay di sana sebab dekat dengan main office Schmid.


driver belah kiri

Guten Morgen


highway kat german

yeay.. nampak cahaya matahari dah..


nak pergi Basel patah balik yer.

Kami berhenti seketika untuk mereka ni smoking. Turun saje dari van shuttle, ya Allah sejuknya. Masa turun dari airport tadi tak rasa sangat.

Wong and Faizhi

bukan OMG okay

ni tak pasti asap sebab sejuk ke asap rokok

Kemudian kami sambung lagi perjalanan kami dalam masa lagi dua jam setengah. Lamanyer. Badan letih dah ni.



ni macam Auto City hehek

Nissan

Gambar-gambar sepanjang perjalanan

tanteknyer rumah

Ada ketapi kot!

Nak macam ni jugak


Bestnya tengok rumah diorang

Kena berhenti. Ketapi nak lalu.

Ha. kan tadi dah kata ada ketapi

Macam ni je rail dia?

Sejuk mata ni

Auto House

Gereja kot

Dah nak sampai kot.

Takjub

Eh! ade beskal


Hotel Freudenstadt. Tapi ni bukan hotel yang kami nak stay






Rugi kalau tidur sepanjang perjalanan. Terbaiklah! Ingat senang nak sampai ke sini lagi-lagi free.

Stay tuned for next entry on what we have done in Freudenstadt.